JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Saturday, November 8, 2008

Siapakah Orang Yang Untung ? Siapakah Orang Yang Rugi ?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Mutiara Kata 1


Sebahagian dari koleksi nasihat dari sahabat -sahabat seperjuangan,


"BIARKAN HARI BERLALU MENGIKUT HENDAKNYA ALLAH ,PUASKAN DIRI DENGAN KETENTUANNYA,JANGAN SESALI APA YANG BERLAKU HARI INI,KERANA PASTINYA IA TIDAK AKAN KEKAL DIDUNIA INI,TABAHKAN HATI MENEMPUHI KESUSAHAN HIDUP,BERBAIK SANGKALAH PADANYA,DAN TAATILAH PERINTAHNYA UNTUK SEPANJANG WAKTU.."

IMAM SYAFIE.


( HAMIZAN )

"KEKUATAN SEBENAR SEORANG MUKMIN IALAH APABILA IA BERSANDAR SEPENUHNYA DAN SEGALANYA KEPADA ALLAH SWT,MENJADIKANNYA MANUSIA YANG TAK KENAL ERTI PUTUS ASA DAN KECEWA ,TAK TAKUTKAN CABARAN DAN KEGAGALAN.DISEBALIK SEMUA INILAH KETENANGAN ,KEBAHAGIAAN,KEPASRAHAN,LAPANG DADA,KEPUASAN DAN KEMANISAN IMAN YANG SEBENARNYA..."

(ABG ALI IRFAN)

IMAM SYAFIE,
"PEMUDA SEJATI DI DEPAN ALLAH ADALAH PEMUDA YANG BERBEKALKAN ILMU DAN TAQWA,JIKA DUA BEKALAN INI TIDAK DIMILKI ,MAKA DIA BUKANLAH PEMUDA SEJATI"

(RADHI)

"KEIMANAN YANG BENAR MENJADIKAN PERJALANAN KEHIDUPAN SEPERTI SEBUAH KISAH CINTA,KESETIAAN DAN PENGORBANAN MENUKARKAN UJIAN PAHIT MENJADI KENANGAN MANIS,KESABARAN MENJADIKAN SEGALA BEBAN YANG DITANGGUNG MENJADI RINGAN ,KEYAKINAN PADA JANJI ALLAH MENJADIKAN JIWA TENANG KETIKA PERJALANAN BEGITU SUKAR ,KERINDUAN PADANYA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT SETIAP KALI BERDEPAN DENGAN KEGAGALAN."

(UST MUHTAD)

"PERSAHABATAN APABILA DIKEMUDI DENGAN ISLAM,DI LAYARI DENGAN KASIH SAYANG BERSAUHKAN KESABARAN ,INSYAALLAH TAKKAN HILANG ARAH TUJUAN ANDAI MUATANNYA ADALAH IMAN"

( akhi al-hafiz upsi )


"JIKA MEREKA SIBUK MENCARI CINTA DUNIA..BIARLAH KITA SIBUK MENJAGA IMAN..JIKA MEREKA SIBUK MENCARI PASANGAN...BIARLAH KITA SIBUK MENCARI KEREDHAAN...JIKA MEREKA MENANGIS KERANA KECEWA BERCINTA...BIAR KITA MENANGIS KERANA MENGENANGKAN DOSA2 SEMALAM...JIKA MEREKA CINTAKAN MANUSIA...BIAR KITA CINTAKAN ALLAH."

(IZZAT IBRAHIM,AHMAD FAIZ)

" BILA KAU LETIH DAN hILANG SEMaNGAT,ALLAH TAHU BETAPA ENGKAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA...BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU...BILA KAU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU , ALLAH SETIA DISISIMU.."

(AZHAR HILMI)

"UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS,DOESNT NEED EVERYDAY CONSERVATION,AS LONG AS DA RELATION LIVE IN THE DU'AA,IT REMAINS ABADAN ABADA"

(AZHAR)


Renungan.......


Apabila kita hidup hanya untuk kita , hidupnya amatlah singkat ,

Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ,

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita ,hidup kerana fikrah , sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam ,

Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini ,

Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini , kita akan sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat)

Ingatlah.....

Bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya ,

Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

( As Syahid Syed Qutb )

Monday, November 3, 2008

Monolog



Assalamualaikum,sekadar berkongsi sebahagian dari koleksi bahan yang saya dapat dari seminar mahasiswa ( Nadwah ) di UKM, Bangi ,


" Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat ? "

"Sudah,Alhamdulillah."

"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?” "Ya"

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh menjemput bila-bila masa ? "

" Tidak..."

"Adakah lidahmu menyebut 'Allahu akbar ', hatimu turut membesarkan Allah ?" "Tidak...."

"Kalau begitu , kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat

takbir ," "........"

"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah ,adakah hatimu membenarkan bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa ? " "Tidak.."

"Ketika surah Al-Fatihah kamu baca,adakah hatimu bersyukur kepada Allah,Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNya dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkaiNya ?” "Tidak....."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu." " ......."

"Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului Imam?" "Ya"

"Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaranNya dan kamum merasakan Allah melihatmu dan menilai solatmu yang sedang kamu kerjakan ? ” " Tidak..."

"Kalau begitu kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.” " ......."

"Dalam solatmu ,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebaikan utama ?" "Tidak...."

"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,adakah hatimu berasa takut jika solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu,dismping menaruh harap agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian dirimu? " "Tidak...."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat – tidak mengingati dan mendekatkan diri dengan Allah melalui solatmu.Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman : "Neraka Wail bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai dalam solatnya."

( Al-Ma’un :45 )


"Astaghfirullahhal ’azim......... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir denganMu."

Thursday, October 23, 2008

PESANAN MUROBBI



Pesan Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain
Risalah ini perlu dibawa dimana saja kita berada, walau sebagai apa pun kita , risalah kita tetap untuk Melaksanakan Petunjuk ALLAH dalam setiap ketika.Kita tidak akan berasa bahagia selagi perkara ini tidak dilaksanakan dan tidak akan berhenti perjuangan sehingga hal ini dilaksanakan. Kita menuntut ilmu adalah sebahagian daripada perjuangan. Semua ini adalah wasilah untuk melaksanakan petunjuk Allah. Selagi itu kita kita tidak boleh berhenti walau sekejap pun . Kalau perkara lain kita boleh lupa sekejap tetapi risalah ini kita boleh lupa.Dari segi disiplin Ilmu,dari segi pengajaran university itu bersistematik . Ada Intiqa` ( secara langsung ) dan ada buhus. Harus baik dengan pensyarah dan beri hadiah. Pengisian Rohani perlu ada senantiasa. Sifat Ta`wun , tafahum dan takaful perlu di hayati.

Pesan Ustaz Omar Bin Hj Salleh
Apa yang kita bawa adalah warisan nabi, membawa Risalah Islam dan untuk tafakkuh fi deen. Untuk tafakuh fi Deen, kita harus Musafir dalam rangka Jihad. Mudah-mudahan Allah tinggalkan dengan niat suci dan meneruskan jalan dan Allah tempatkan dalam barisan Duat dan mewarisi risalah Rasul.Kerja Dakwah adalah berat dan besar . Tidak dapat dipikul melainkan mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa. Seluruh hidupnya adalah untuk diwaqafkan kepada Islam. Jadi persediaan benar-benar rapi . Apa yang kita niatkan dan qasadkan adalah untuk Allah.Kamu adalah duta Islam untuk pergi ke sana. Dan kami doakan agar pergi dan balik untuk meneruskan kerja dakwah dan tarbiyah untuk mengajak masyarakat kembali kepada manhaj Rabbani. Doakan keselamatan dan kemajuan ma`had ini.

Pesan Ustaz Abdul Hadi Bin Osman
Musafir kita merupakan Ibadah dan Jihad. Hatta melancong pun adalah ibadah dan Jihad. Berhijrah untuk menuntut ilmu adalah untuk membangunkan diri , keluarga dan Islam.Kalau boleh belajar bersungguh dan luar biasa . Maka akan lahir hasil yang luar biasa. Kerja yang bakal menunggu adalah luar biasa. Kuasailah bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan computer. Sahabat –sahabat Nabi semua luar biasa. Usamah Bin Zaid berusia 18 tahun memimpin tentera Islam . Kita mengaji dengan luar biasa untuk masa depan diri, keluarga dan Islam. Hasrat kita adalah untuk menjadi Duat.HARD CORE kita adalah BELAJAR. Sibuk dengan perkara lain tetapi studi jangan tinggal. Di sana terdapat ramai Ulama`-Ulama` besar. Pergi ziarah. Ilmu banyak di bumi anbia` dan syaitan pun besar. Kita mahu setiap pelajaran tertingkat. Jaga kesihatan diri. Masa kita sikit, perlu guna sebaik-baiknya. Matlamat kena jelas dan jalan kena jelas.

Saturday, October 11, 2008

Syarat melakukan maksiat


Diriwayatkan bahawa suatu hari ada seorang pelaku maksiat yang ingin bertaubat datang menghadap Malik bin Dinar r.a. seraya berkata, "Wahai Malik,sesungguhnya aku telah bertaubat daripada kemaksiatan , kecuali satu kemaksiatan saja."


Malik bertanya , "Kemaksiatan apakah itu? "


Dia menjawab , “ Salah satu di antara dosa besar”


Malik berkata , “Bertaubatlah kepada Allah mulai sekarang dan tinggalkanlah kemaksiatan itu! ”


Dia menjawab , “Aku tidak boleh ! ”


Malik berkata , “ Tetap berusahalah! ”


Dia menjawab , “ Aku tetap tidak tidak boleh .”


Lantas Malik berkata , " Baiklah ,jika kamu tetap mahu mengerjakan kemaksiatan tersebut , maka lakukanlah,akan tetapi dengan beberapa syarat."


Dia bertanya , "Apakah syarat-syarat tersebut? "


" Syarat yang pertama,jika kamu mahu melakukan kemaksiatan,maka lakukanlah di tempat selain muka bumi ciptaan Allah serta alamNya."


Si pelaku maksiat lantas bertanya ," Mustahil sekali,seluruh alam ini adalah milik Allah S.W.T !"


Malik kembali bertanya , " Bagaimana mungkin kamu melakukan maksiat kepada Allah di muka bumiNya ? Apakah kamu setelah dimasukkan ke dalam rumahNya ,kemudian kamu melakukan kemaksiatan di dalam rumahNya?"

"Syarat kedua ,jika kamu mahu melakukan kemaksiatan ,janganlah kamu makan makanan milikNya,jangan meneguk minuman milikNya,dan jangan mengambil rezekiNya," sambung Malik.

" Dari mana mungkin aku akan makan dan minum ,sedangkan makanan dan minuman itu seluruhnya berasal daripada rezeki Allah ?"

" Bagaimana mungkin kamu meminta nikmat dariNya sedangkan dalam masa yang sama kamu melakukan kemaksiatan kepadaNya,"hujah Malik.

Malik seterusnya berkata, "Syarat seterusnya,sekiranya kamu mahu melakukan kemaksiatan kepadaNya , maka janganlah kamu temui Dia pada hari kiamat!"

" Aku pasti tidak boleh ."

Selanjutnya Malik berkata lagi," Syarat yang terakhir ,jika kamu mahu juga melakukan kemaksiatan , maka lakukanlah maksiat tersebut di suatu tempat sehinggalah Dia tidak melihatmu !"

Mendengar pernyataan terakhir dari Malik,si pelaku maksiat lantas menangis teresak-esak seraya berkata,"Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bertaubat kepada Allah ."

Menilai manusia


Peritiwa ini berlaku ketika saya hendak pulang ke kampung sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Semua mahasiswa Unikl MICET pulang ke kampung masing-masing pada 26 September ,Jumaat.Namun ada segelintir penuntut yang terpaksa pulang lewat sedikit lantaran ada masalah –masalah tertentu berkaitan perjalanan pulang termasuklah saya.Saya terpaksa menunggu kakak saya yang menuntut di UKM Kuala Lumpur yang hanya dibenarkan keluar pada 28 haribulan.Jadi,saya terpaksa bermalam di Unikl terlebih dahulu sebelum saya ke Kuala Lumpur.

Saya bertolak ke Kuala Lumpur menaiki keretapi KTM , dari Tampin ke Kuala Lumpur Sentral pada 28 haribulan,Sabtu.Keretapi saya akan bertolak pada jam 6.15 petang,tetapi saya bercadang untuk keluar lebih awal dari Unikl kerana saya tidak ada kenderaan lain untuk ke Tampin.Seperti biasa ,saya akan menunggu bas jam 2.30 di pondok menunggu.Kemudian kelihatan seorang pengawal keselamatan yang berada di pondok mengawal menghampiri saya.Bermula dengan bertanyakan destinasi tujuan saya,perbualan saya dengan pak cik tersebut semakin berpanjangan.Kami leka berbual.

Sedang asyik berbual ,sebuah kereta Proton Saga berwarna merah berhenti bersebelahan pondok pengawal.Cermin kereta sebelah penumpang hadapan perlahan-lahan diturunkan.

” Nak pegi mane,!!? ” tanya pemandu tersebut separuh menjerit.Saya menoleh apabila merasakan soalan tersebut ditujukan kepada saya.

” Pegi Tampin” jawab saya ringkas.Apabila saya amati,memang saya kenal pemandu dan penumpang tersebut.

Fesyen rambut ala David Beckham, kulit tubuh yang bersawo matang , fizikalnya yang sederhana, pemandu tersebut merupakan antara senior peringkat degree dan merupakan salah seorang pemain ragbi di situ.Manakala penumpangnya pula ,adalah jiran seksyen saya ,seksyen F ,Asyraf namanya tetapi lebih suka digelar Black,juga satu pasukan dengan senior tersebut.

Senior tersebut berkata sesuatu kepada Black.Kemudian abang tersebut bertanya lagi,”Nak pegi naik ape ? ” ”Naik bas ,ni tengah tunggu bas la ni.” jawab saya ringkas.

Mereka sekali lagi saling berpandangan dan seperti berbincang sesuatu.”Emm, takpelah ,” balas abang tersebut sambil memberi isyarat memanggil saya menaiki kereta.Saya lantas menggalas beg menaiki kereta.

Saya tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan ,hanya sekadar mendengar perbualan antara Asyraf dan senior tersebut.Perbualan antara Asyraf dengan senior tersebut lebih banyak berkisar tentang pembelajaran di MICET dan antara peluang pekerjaan yang ada apabila graduate kelak.

”Untung tau budak – budak yang ambik environment ni.Diorang boleh masuk semua bahagian,process boleh masuk,polymer pun boleh masuk ,bioprocess pun boleh masuk,sebab semua bidang ni ada mesin environment.Memang kalau kat MICET tu , dua course yang famous ni process dengan environmentlah.” ujar abang senior tersebut kepada Asyraf panjang lebar menerangkan tentang kursus –kursus yang ada di situ.

”Aku biasa dapat dua tawaran kerja,satu ngan bapak aku,diakan kerja kat Felda ,jadi dia punya syarikat ada buat tawaran kerja dekat aku ,satu lagi tu pak cik aku,dia bagi tawaran kerja kat Boston ,Amerika.” menggunakan aku sebagai kata ganti diri,abang tersebut menyambung lagi ,”Time tu, aku tengah praktikal ,tiba-tiba pak cik aku call,dia tanya ,nak kerje tak ,aku cakap bolehlah ,aku cakap nanti aku call lain sebab tengah ada practical.Jap lagi mak aku pulak telefon , dia cakap ,Ah ,takyah ngada – ngada ,sambung degree dulu ,tu yang aku tak jadi kerje tu.”

”Kau dapat tawaran tu masa diplomakan ? ”Asyraf bertanya setelah kian lama membisu.”Aah,kalau pikir-pikir tu,sayanglah kan ,kat Boston tu,bukan senang nak dapat ,ayah aku okey je,tapi mak aku yang tak setuju,yelah orang cakap,kalau mak bapak tak izin tu ,nanti tak berkat pulakkan,emm aku pun ikut jelah,”Asyraf mengangguk mengiyakan kenyataan senior tersebut.Saya yang sekian lama menjadi pendengar setia tersentak mendengar kenyataan tersebut .Tiba-tiba hati saya tersentuh,walaupun penampilannya tidaklah sekemas mana,hanya memakai seluar pendek dan kalau saya lihat bagaimana kehidupan hariannya di MICET ,dari apa yang saya perhatikan tentang dirinya,tidak pernah terbayang akan keluar kenyataan seperti tersebut.

Saya tidak tahu sama ada kenyataannya hanya sekadar bercakap kosong ,tetapi dari nada yang terlafaz,jelas sekali lafaz tersebut merupakan lafaz yang lahir dari hati seorang anak yang kasihkan kedua ibubapanya.Sememangnya saya mendapat satu pengajaran yang cukup berguna pada hari itu.Sesungguhnya,kita selaku manusia yang tak punya kuasa tidak mampu dan tidak layak sama sekali untuk menilai seterusnya menghukum seseorang manusia tersebut hanya sekadar melihat luarannya sahaja.Kita sebenarnya begitu mudah meletakkan nilai pada diri seseorang tanpa kita sedari kemungkinan mereka yang kita anggap teruk akan menjadi lebih baik dari kita dan mungkin juga mereka yang kita anggap baik akan bertukar sebaliknya.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang merupakan bekas pelajar di sekolah saya dahulu,MATRI,katanya ” Jikalau kita tidak suka seseorang kerana sikapnya,maka cukuplah sekadar kita membenci sikapnya.Kesilapan kita sekarang adalah apabila kita benci dengan sikap seseorang,kita terus membenci dirinya keseluruhannya.”

Mungkin kita tidak suka melihat sikap seseorang yang kadang-kadang tidak senonoh dan hanya mengundang kemarahan sesetengah individu sahaja,tetapi kita perlu ingat,

”Sesungguhnya setiap bani Adam itu melakukan kesalahan,dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.”

Pepatah Inggeris ada juga menyatakan,

”Don’t judge the the books by its cover”

Kita sendiri secara tidak sedar ada kelemahan yang tidak disenangi insan lain, jadi janganlah kita sewenangnya menghukum insan lain,sebaliknya kita sama-samalah saling bantu-membantu dan saling mendoakan agar kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita serta insan lain.Ingatlah firman Allah S.W.T

”Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”

Akhir kalam,marilah kita sama-sama renungi hadis yang berbunyi,

” Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya ,kerana dia mungkin menjadi orang yang kamu benci pada suatu hari nanti.Bencilah orang yang kamu benci sewajarnya sahaja,kerana dia mungkin menjadi orang yang kamu cintai pada suatu hari nanti.”

( Hadis riwayat Tirmidzi)

bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite