JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Wednesday, April 8, 2009

Di dalam sebuah kelas falsafah..


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang professor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja dihadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.


Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya,profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.


"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan- kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."



.....Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan- kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.".....

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."


Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."


Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "2 cawan kopi ini...
"Pe lagi... jomla minum..
p/s : sebahagian dari koleksi bahan tarbawi peribadi.

Tuesday, April 7, 2009

Sebuah pengajaran .....

Aku termenung seketika. Teringat kembali kejadian yang berlaku ketika mesyuarat di bilik aktiviti tadi.

Tatkala aku mencadangkan agar pembahagian kumpulan diadakan dengan lelaki dan perempuan berada di dalam kumpulan yang berbeza , tiba – tiba ada suara memintas ,

“ Kenapa buat macam tu ? Salahkah nak campur lelaki perempuan ? “
“ Ala , tak kisah pun , bukannya kita nak buat apa – apa pun , sekadar berkongsi idea dalam satu kumpulan saja.”

Aku tergamam seketika , bukan kerana terkejut tetapi terkilan dengan soalan seperti tersebut. Sedangkan yang bertanyakan aku itu adalah salah seorang dari ahli Rakan Masjid , sebuah kelab ko – kurikulum di MICET. Aku cuba menenangkan hati aku .

Selepas bertanyakan soalan tersebut kepada Abg Fadhli melalui telefon, aku cuba menjawab dengan setenang yang mungkin ,

“ Bukankah lebih baik jika kita lakukan begitu ,bukankah kita perlu menjaga batas antara lelaki dan perempuan , jadi sekurang – kurangnya kesusahan kerana batasan lelaki dan perempuan dapat dielakkan” ujarku berkias. “ Faham tak ? “ tanyaku lagi melihat gelagat mereka seperti kebingungan. Jawapan aku dibalas dengan gelengan kepala tanda tidak faham.

Aku berfikir sejenak , lantas baru aku sedar bahawa mereka bukanlah dari golongan mereka yang benar – benar memahami bagaimana konteks pergaulan sebenar lelaki dan perempuan. Alasan mereka untuk dicampurkan sekali hanyalah dengan mengatakan ia dapat membina keyakinan untuk bekerja dengan menyingkirkan rasa malu antara lelaki dan perempuan dan berkongsi pemikiran yang berlainan.

“ Ya , Allah , bantulah hambamu ini,” kini baru aku sedari betapa manusia kini sudah dikaburi dengan fahaman – fahaman barat. Bagi mereka , pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidaklah menjadi kesalahan sehinggalah mereka melakukan perkara – perkara yang dilarang Allah . Tidakkah mereka tahu , MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Mereka ingin membina keyakinan , tetapi bukan dengan cara menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.PERSAHABATAN dijadikan modal untuk menghalalkan pergaulan tersebut .Istilah SPORTING dijadikan hujah untuk membela persahabatan yang haram itu..Duduk rapat – rapat , bertepuk sana , bertepuk sini , cuit mencuit , gelak ketawa bersama – sama , bersembang dengan perkara yang tidak ada apa – apa manfaat , adakah itu pergaulan yang DIHALALKAN….

Sudahkah mereka lupa akan sirah Rasulullah itu sendiri , adakah Rasulullah bergurau senda dengan Siti Khadijah kerana perkara – perkara kosong sebelum berkahwin. Adakah Rasulullah pernah bergaul dengan wanita yang sebaya dengan baginda yang bukan muhrim baginda?
Dan siapakah baginda selepas itu ? PEMIMPIN NEGARA !!!!! Bukannya pemimpin pelajar atau pemimpin kelab , persatuan yang rendah nilainya jika dibandingkan kedudukan Rasulullah sendiri.Rasulullah sendiri tidak pernah menggunakan pergaulan dengan perempuan bukan muhrim sebagai landasan untuk membina keyakinan baginda.

Justeru siapa kita dibandingkan dengan Rasulullah , manusia mulia yang dijamin syurga oleh Rabbul Alamin. Siapa kita hendak menghalalkan perkara yang memang diharamkan Allah. Siapa kita untuk mengeluarkan fatwa berlandaskan hawa nafsu kita sendiri ?
bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite