JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Friday, July 24, 2009

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

a)Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

b)Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan

c)Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Wednesday, July 22, 2009

Seribu satu memori.....

posing sikit


apa yang dibincangkan oleh abang - abang ni....


khusyuk mendengar ceramah


tekun mendengar taklimat


macam ni cara nak main permainan ni....

mencari sesuatu yang tak pasti....


hensem tak kami.....

Mutiara yang tersimpan.....


Alhamdulillah , setelah hampir dua bulan aku terputus dari dunia maya ini , dapat jua aku menyambung perjuangan menghidupkan Islam dalam kehidupan manusia kini.Diriku sendiri tidak pasti sepanjang dua bulan ini , apakah halangan yang menghalang aku untuk meneruskan agenda di alam digital ini. Mungkin disebabkan talian Internet di rumah aku yang sudah lama terputus atau mungkin ada asbab dan musabab yang lain.

Apapun ingin aku mulakan kembali titik – titik perjuangan ini dengan berkongsi pengalaman terbaru aku selaku fasilitator di sebuah program yang dijalankan di Nur Sungai Merab.

Program Pembelajaran Intensif ini dijalankan dengan penglibatan dari dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Nur Sungai Merab dan juga Sekolah Qiblah yang terletak di kawasan Bangi. Rata – rata pelajar yang datang adalah pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.

Program ini bermula pada hari Sabtu , 18 Julai 2009 dan tamat pada keesokan harinya.Peserta didedahkan dengan teknik pembelajaran yang efektif dari penceramah yang berpengalaman.

Pada keesokannya , selepas dari slot pagi , tepat jam 10 , peserta melakukan aktitviti ala Jungle Trekking yang dinamakan Study Trekking yang mana perjalanan permainan ini berorientasikan pendidikan. Semua peserta menunjukkan minat yang cukup mendalam terhadap permainan ini,dan perkara ini boleh dilihat dari kesungguhan mereka menghabiskan kesemua checkpoint yang ada.

Sememangnya lumrah kehidupan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, dan saat inilah yang sememangnya amat – amat meruntun jiwa mereka bergelar insan. Walaupun program ini hanya diadakan selama dua hari , entah kenapa aku merasakan seolah – olah telah mengenali mereka cukup lama. Tidak dinafikan sememangnya setiap kali tamatnya sesuatu program , perasaan sedih itu pasti ada,tetapi aku dapat merasakan kelainan yang amat sangat kali ini.Tatkala aku membaca komen diberikan peserta , ada yang mengatakan masih tidak puas lagi bersama dengan abang – abang fasi , ada juga yang menyatakan ini adalah program yang paling seronok pernah disertai menyebabkan aku tertunduk sebentar.Air mata bergelinangan dibiarkan mengalir.Aku cuba mengawal perasaan.Mungkin kerana masa yang terlalu singkat untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama – sama peserta menyebabkan hati ini terasa cukup – cukup menyesal….
Sememangnya sepanjang aku berada bersama – sama mereka , dapat aku melihat di wajah – wajah peserta yang datang ,umpama benih – benih yang baik menanti untuk disemai dan mekar menjadi pokok seterusnya mengeluarkan hasil yang bermanfaat buat deen Allah.Merekalah bakal – bakal pemuda yang akan menggegar kebatilan di dunia ini suatu masa nanti Insya Allah.

Satu persatu wajah peserta terbayang di benak fikiran tatkala aku berada di dalam teksi menuju ke kampus.Sememangnya sepanjang aku berada bersama – sama mereka , dapat aku melihat di wajah – wajah peserta yang datang ,umpama benih – benih yang baik menanti untuk disemai dan mekar menjadi pokok seterusnya mengeluarkan hasil yang bermanfaat buat deen Allah.Merekalah bakal – bakal pemuda yang bakal menggegar kebatilan di dunia ini suatu masa nanti Insya Allah.Semoga Allah masih menyayangi kita semua.
Wahai adik-adikku , semoga pertemuan ini bukanlah pertemuan terakhir kita ,dan berdoalah semoga kita bakal bertemu semula dan bersatu dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ini…..
bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite