JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Tuesday, April 7, 2009

Sebuah pengajaran .....

Aku termenung seketika. Teringat kembali kejadian yang berlaku ketika mesyuarat di bilik aktiviti tadi.

Tatkala aku mencadangkan agar pembahagian kumpulan diadakan dengan lelaki dan perempuan berada di dalam kumpulan yang berbeza , tiba – tiba ada suara memintas ,

“ Kenapa buat macam tu ? Salahkah nak campur lelaki perempuan ? “
“ Ala , tak kisah pun , bukannya kita nak buat apa – apa pun , sekadar berkongsi idea dalam satu kumpulan saja.”

Aku tergamam seketika , bukan kerana terkejut tetapi terkilan dengan soalan seperti tersebut. Sedangkan yang bertanyakan aku itu adalah salah seorang dari ahli Rakan Masjid , sebuah kelab ko – kurikulum di MICET. Aku cuba menenangkan hati aku .

Selepas bertanyakan soalan tersebut kepada Abg Fadhli melalui telefon, aku cuba menjawab dengan setenang yang mungkin ,

“ Bukankah lebih baik jika kita lakukan begitu ,bukankah kita perlu menjaga batas antara lelaki dan perempuan , jadi sekurang – kurangnya kesusahan kerana batasan lelaki dan perempuan dapat dielakkan” ujarku berkias. “ Faham tak ? “ tanyaku lagi melihat gelagat mereka seperti kebingungan. Jawapan aku dibalas dengan gelengan kepala tanda tidak faham.

Aku berfikir sejenak , lantas baru aku sedar bahawa mereka bukanlah dari golongan mereka yang benar – benar memahami bagaimana konteks pergaulan sebenar lelaki dan perempuan. Alasan mereka untuk dicampurkan sekali hanyalah dengan mengatakan ia dapat membina keyakinan untuk bekerja dengan menyingkirkan rasa malu antara lelaki dan perempuan dan berkongsi pemikiran yang berlainan.

“ Ya , Allah , bantulah hambamu ini,” kini baru aku sedari betapa manusia kini sudah dikaburi dengan fahaman – fahaman barat. Bagi mereka , pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidaklah menjadi kesalahan sehinggalah mereka melakukan perkara – perkara yang dilarang Allah . Tidakkah mereka tahu , MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Mereka ingin membina keyakinan , tetapi bukan dengan cara menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.PERSAHABATAN dijadikan modal untuk menghalalkan pergaulan tersebut .Istilah SPORTING dijadikan hujah untuk membela persahabatan yang haram itu..Duduk rapat – rapat , bertepuk sana , bertepuk sini , cuit mencuit , gelak ketawa bersama – sama , bersembang dengan perkara yang tidak ada apa – apa manfaat , adakah itu pergaulan yang DIHALALKAN….

Sudahkah mereka lupa akan sirah Rasulullah itu sendiri , adakah Rasulullah bergurau senda dengan Siti Khadijah kerana perkara – perkara kosong sebelum berkahwin. Adakah Rasulullah pernah bergaul dengan wanita yang sebaya dengan baginda yang bukan muhrim baginda?
Dan siapakah baginda selepas itu ? PEMIMPIN NEGARA !!!!! Bukannya pemimpin pelajar atau pemimpin kelab , persatuan yang rendah nilainya jika dibandingkan kedudukan Rasulullah sendiri.Rasulullah sendiri tidak pernah menggunakan pergaulan dengan perempuan bukan muhrim sebagai landasan untuk membina keyakinan baginda.

Justeru siapa kita dibandingkan dengan Rasulullah , manusia mulia yang dijamin syurga oleh Rabbul Alamin. Siapa kita hendak menghalalkan perkara yang memang diharamkan Allah. Siapa kita untuk mengeluarkan fatwa berlandaskan hawa nafsu kita sendiri ?

2 comments:

Mr Priceless said...

Salam,

Dari nukilan saudara, saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Sememangnya kebanyakan muda-mudi hari ni sememangnya sudah dijajah dengan ideologi-ideologi serta cara hidup Barat. Meskipun begitu, kita perlu lebih positif, dan saudara telah melakukan satu tanggungjawab yang baik dalam hal ini. Saya rasa tindakan yang lebih bijak bagi menangani hal ini, secara menyerapkan nilai dan pemikiran Islamiah dalam diri mereka, bukan menyalahkan mereka secara total. Hendaklah membuat teguran secara hikmah bukan secara agresif.. Wassalam..

Mr Priceless said...

Siapakah yang mengeluarkan fatwa itu?

bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite