JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Saturday, August 8, 2009

Sahabat Soleh


Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh
Kebaikannya jadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat dan pangkat bukan soal pilihan
Yang mulia di hati budi
Asasnya iman , neracanya taqwa

Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu agar ia tidak berulang
Melarangmu daripada melakukan kemungkaran
Yang mengingatkanmu dari kealpaan
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata

Sahabat yang soleh
Ialah di sisimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingi pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Merealisasikan sebuah pengorbanan

Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan
Tetapi hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya ikhlas
Dan puncak keredhaannya jadi tumpuan
p/s : sebahagian dari koleksi tarbawi peribadi

1 comment:

Syed Ahmad Fathi said...

Firdaus..
baca sajak anta ana teringat memori kat
MATRi..
doakan ana..
Selamat menyambut Ramadhan mubarak
"Asasnya iman , neracanya taqwa"

bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite