JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Tuesday, July 10, 2012

Nasib baik....


"Nasib baik aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, nasib baik hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Nasib baik anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."
" Nasib baik....."

Kenapa perlu nasib baik?
Atas nasibkah sebenarnya pergantungan kita?
Mungkin kerana dah menjadi budaya ?
Bukankah semua yang berlaku walau sekecil-kecil perkara hatta menggerakkan jari itu kuasa Allah?

Mungkin kita patut perlahan-lahan ubah tabiat kita, dari senantiasa sebut nasib baik.. kan lebih baik jika..


"Alhamdulillahlah aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, Alhamdulillah hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Alhamdulillah anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."

Bukanlah menjadi kesalahan, cuma kita nak tingkatkan lagi HDA kita, 
ditakuti kita tersalah sandaran, 
Kerna memang hakikatnya kita tak punya apa2 langsung di dunia ini..

bukan sebagai paksaan, cuma sebagai pesanan
hakikat yang tak boleh kita lari...
Manusia itu sentiasa melakukan kesalahan


Tuesday, January 24, 2012

Kekuatan Tersembunyi



Alhamdulilah , Allah memberi kesempatan dan kelapangan untuk 'pulang'' sebentar ke lembah tarbiyah. Bertemu dengan para murabbi tersayang, para sahabat seperjuangan ibarat seperti disuntik dengan suatu tonik kekuatan di dalam jiwa.




Alhamdulillah ,Allah masih sayangkan hamba-hambaNya dan masih mengikat hati-hati ini di atas jalan penuh suci ........


Alhamdulillah, pertemuan semula walaupun singkat mengimbau seribu satu kenangan pahit manis memulakan jejak perjalanan mengenali kehidupan penuh cabaran.....

Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Esa, Maha Berkuasa mengikat hati-hati yang berhajat kepadaMu....Teguhkanlah ikatan ukhwah yang mekar berbunga....Eratkanlah simpulan mahabbah yang telah terbina...Semoga terus menjalar kukuh ke syurga sana...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami, kekuatan kepada para  murabbi kami, untuk terus sama-sama berjuang membangun dan menyambung nafas mihrab pendidik manusia ini, pengeluar produk penggoncang duniawi, mendidik masyarakat mengenal Rabbani....

Amin, Amin Ya Rabbul A'lamin.
bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite