JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEJATI

Dalam menyusuri hidup yang fana ini,ramai manusia yang lupa akan janji mereka kepada Rabb Pencipta mereka.......

Wednesday, July 22, 2009

Mutiara yang tersimpan.....


Alhamdulillah , setelah hampir dua bulan aku terputus dari dunia maya ini , dapat jua aku menyambung perjuangan menghidupkan Islam dalam kehidupan manusia kini.Diriku sendiri tidak pasti sepanjang dua bulan ini , apakah halangan yang menghalang aku untuk meneruskan agenda di alam digital ini. Mungkin disebabkan talian Internet di rumah aku yang sudah lama terputus atau mungkin ada asbab dan musabab yang lain.

Apapun ingin aku mulakan kembali titik – titik perjuangan ini dengan berkongsi pengalaman terbaru aku selaku fasilitator di sebuah program yang dijalankan di Nur Sungai Merab.

Program Pembelajaran Intensif ini dijalankan dengan penglibatan dari dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Nur Sungai Merab dan juga Sekolah Qiblah yang terletak di kawasan Bangi. Rata – rata pelajar yang datang adalah pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.

Program ini bermula pada hari Sabtu , 18 Julai 2009 dan tamat pada keesokan harinya.Peserta didedahkan dengan teknik pembelajaran yang efektif dari penceramah yang berpengalaman.

Pada keesokannya , selepas dari slot pagi , tepat jam 10 , peserta melakukan aktitviti ala Jungle Trekking yang dinamakan Study Trekking yang mana perjalanan permainan ini berorientasikan pendidikan. Semua peserta menunjukkan minat yang cukup mendalam terhadap permainan ini,dan perkara ini boleh dilihat dari kesungguhan mereka menghabiskan kesemua checkpoint yang ada.

Sememangnya lumrah kehidupan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, dan saat inilah yang sememangnya amat – amat meruntun jiwa mereka bergelar insan. Walaupun program ini hanya diadakan selama dua hari , entah kenapa aku merasakan seolah – olah telah mengenali mereka cukup lama. Tidak dinafikan sememangnya setiap kali tamatnya sesuatu program , perasaan sedih itu pasti ada,tetapi aku dapat merasakan kelainan yang amat sangat kali ini.Tatkala aku membaca komen diberikan peserta , ada yang mengatakan masih tidak puas lagi bersama dengan abang – abang fasi , ada juga yang menyatakan ini adalah program yang paling seronok pernah disertai menyebabkan aku tertunduk sebentar.Air mata bergelinangan dibiarkan mengalir.Aku cuba mengawal perasaan.Mungkin kerana masa yang terlalu singkat untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama – sama peserta menyebabkan hati ini terasa cukup – cukup menyesal….
Sememangnya sepanjang aku berada bersama – sama mereka , dapat aku melihat di wajah – wajah peserta yang datang ,umpama benih – benih yang baik menanti untuk disemai dan mekar menjadi pokok seterusnya mengeluarkan hasil yang bermanfaat buat deen Allah.Merekalah bakal – bakal pemuda yang akan menggegar kebatilan di dunia ini suatu masa nanti Insya Allah.

Satu persatu wajah peserta terbayang di benak fikiran tatkala aku berada di dalam teksi menuju ke kampus.Sememangnya sepanjang aku berada bersama – sama mereka , dapat aku melihat di wajah – wajah peserta yang datang ,umpama benih – benih yang baik menanti untuk disemai dan mekar menjadi pokok seterusnya mengeluarkan hasil yang bermanfaat buat deen Allah.Merekalah bakal – bakal pemuda yang bakal menggegar kebatilan di dunia ini suatu masa nanti Insya Allah.Semoga Allah masih menyayangi kita semua.
Wahai adik-adikku , semoga pertemuan ini bukanlah pertemuan terakhir kita ,dan berdoalah semoga kita bakal bertemu semula dan bersatu dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ini…..

No comments:

bgsound src='http://www.4shared.com/Raihan_-_Tak_Selamanya.mp3 loop='infinite