"Insya Allah, jom2" jawabku, jawapan sekadar melayan pertanyaan.
" saya nak tanya la,apa pendapat Firdaus tentang pergi pawagam, ha..ni nak tanya ustaz ni." sekali lagi seniorku bertanya.
Sekali dengar, seolah-olah soalan biasa, tetapi memerlukan jawapan yang bijak dan berhikmah. Mulanya agak terkaku nak menjawab, yalah, kalau soal hukum bolehlah jawab tak tahu atau cadangkan untuk rujuk ustaz2, tapi bab waqi' atau suasana ni, memang susah.
Dalam tengah berfikir, senior mencelah, " risau campur dalam gelap ka, yalah lelaki perempuan, takut pelik2 kan.."
"emm..lebih kurang la" sekadar mengiakan cadangan yang benar.
"takkan tak boleh kot, walaupun pi dengan kawan lelaki?" rakan serumah yang sedang asyik membuat kerja tiba2 menyampuk.
"Eh, dengar jugak dia ni" sekadar berkata-kata dalam hati. Soalan itu sebenarnya agak tajam dan kalau ikut main chess, dah nak hampir check mate.
" takkanlah dengan laki pun nak buat pelik2 dalam gelap tu" serangan check mate buat kali kedua berturut. Nadanya lebih kepada tidak berpuas hati..
"Sebenarnya lebih kepada nak menjaga fitnah la, yalah tempat yang macam tu, bergaul lelaki perempuan. Kita tak tahu apa yang berlaku." jawapan yang datang daripada pengalaman bersama murabbi di MATRI dahulu.
" Emm... itu jawapan yang saya nak dengar. Saya pun biasa dengar juga Imam kat kampung saya tu, lebih kurang la sebab dia, kata dia kalau Imam pun pergi tempat2 mcam tu macam mana nak jadi contohkan." panjang lebar senior membalas.
Aku sekadar mengangguk dengan senyuman.
______________________________________________________________
Rasanya semua pernah melalui perkara yang sama, cuma bagaimana kita 'menguruskan ' penyelesaian itu mungkin berbeza. Hakikatnya perkara-perkara kecil seperti ini mungkin dinilai dengan pendapat yang berbeza, mungkin ada yang berkata, kita perlu jaga perkara-perkara ini, sebab kita adalah penjuru-penjuru Islam. Ada juga yang menjawab, tak mengapa,kita jika nak menjadi daie perlu fleksible, perlu sama2 dengan masyarakat. dan ada juga yang ambil jalan atau konsep layan saja.
Kadang-kadang apabila berlaku perkara semacam ini, teringat akan pengalaman murabbiku, Cikgu Azmi berkenaan dengan teguran dari masulnya. Murabbinya tahu akan aktiviti Cikgu yang akan ke pawagam (ketika itu masih belum menerima tarbiyah), tetapi apabila berjumpa, tidak pernah ditegur walau sedikitpun.. Sehinggalah proses didikan itu berlaku dan suatu hari murabbinya menyebut "Daie ni, nak parking kereta depan pawagam pun segan, takut2 bawak kepada fitnah". Satu teguran yang langsung tidak menembak, menjatuhkan atau meruntuhkan maruah seseorang tetapi sudah cukup memberi kesedaran kepada Cikgu.
"Daie ni, nak parking kereta depan pawagam pun segan, takut2 bawak kepada fitnah"
Bagiku, prinsip pertama iaitu menjaga penjuru Islam itu lebih ku pegang kerna ia menjaga kesucian yang sebenarnya pada jalan ini. Mungkin ada sesetengah perkara yang boleh kita tolak ansur, tetapi ada sesetengahnya memerlukan pemikiran dan pandangan yang jauh. Kerna tatkala hilangnya kethiqahan atau percaya kepada seseorang maka proses mendapatkannya semula sememangnya suatu perkara yang cukup sukar.
Baru2 ini, diriku agar terkilan dengan sekumpulan pemuda Islam yang baru tamat mengendalikan program mega, mengambil peluang untuk pergi bersama - sama menonton wayang. Diriku sendiri yang memerhatikan tempahan dibuat melalui sistem online, agak terkelu untuk berkata-kata, tambahan pula dengan waktu ketika itu yang sudah melepasi 12 malam. Lama juga aku termenung di ruang tamu rumah sahabatku, sebelum dapat melelapkan mata.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia satu pandangan yang syadid, tapi itu pegangan yang ku pegang selama ini. Mungkin sahabat2 sebayaku sendiri hatta sahabat karibku, telah memecahkan pegangan ini walau apa pun alsasan mereka, namun aku akan cuba untuk kekalkan ia. Semoga dengan prinsip kecil ini dapat membantu menjernihkan kembali Islam di mata insan masa kini. Ya, sememangnya mencipta benteng tamayyuz di persekitaran yang penuh dengan lontaran - lontaran meriam bedilan jahiliyyah ini, cukup sukar, namun hanya Allah sahaja sebaik-baik pembantu. Ameen.
Lontaran hati, 16 Oktober 2013
1.31 am.
Mahigai Permai, Langkawi.